Wednesday 16 January 2013

Melayu itu

Apa itu Melayu
Melayu itu tenang, mencintai kedamaian, menyukai kecantikan mengkagumi kebersihan.

Melayu itu bertindak, pantang dicabar, menghapus musuh, mengkeji keburukan.

Melayu itu sukakan keadilan, penegang kebenaran berpegang kepada kesaksamaan.

Melayu itu pandai, berilmu, rajin, kreatif, inovatif.

Melayu itu hilang tanpa sukan, seni, budaya dan hiburan. Inang, Zapin, Joget, Gamelan, Mak Yong, Dikir Barat, Rock, R&B, Hip-Hop, Rap, Blues, Country, Metal, Alternative, Nasyid; bersatu, berasimilasi, membentuk identiti diri.

Melayu itu kerana bahasanya, budi pekertinya, budayanya, adatnya.

Melayu itu berkata, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. Melayu itu boleh hidup beraja dan boleh hidup tanpa beraja.

Melayu itu bencikan rasuah. Rasuah adalah dosa yang MAHA dosanya, dosanya mengatasi membunuh dan berzina.

Melayu tidak sukakan kongkongan politikus dan agamawan. Melayu menolak politikus dan agamawan yang mempergunakan tempat mereka untuk kepentingan diri. Melayu tidak mahu mati kerana Politik dan Agama.

Melayu itu berdiri melangkaui agama. Melayu dulu maju kerana Hindu dan meneruskan kelangsungan kerana Islam. Agama adalah hak hidup masing-masing. Bangsa tidak akan terancam kerana Agama.

Melayu itu bangsa dan negara. Sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu tidak kira apa kaum asalnya dia. Asalkan dia berbahasa Melayu, mengikuti tata cara hidup Melayu, berfikir cara Melayu dan mencintai Melayu

No comments:

Post a Comment